Tuesday, October 20, 2015

Resepi Puding Raja Warisan

A) Bahan-bahan utama/topping:
Pisang lemak manis
Minyak masak
Minyak sapi
Gajus (dibakar)
Ceri (merah & hijau)
Prune

B) Untuk jala emas:
Telur (diambil kuning sahaja)
1 cawan gula
2 cawan air
Daun pandan disimpul

C) Sos puding:
1 tin susu cair
1/2 tin air
Daun pandan (utk bau wangi sos- x letak pun xpe)
Sedikit gula (kuah x perlu manis sbb bahan puding semuanya manis2 :) )
1 sudu tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air- untuk kuah yg pekat-optional)

Cara-cara

A) Panas kan minyak masak dan minyak sapi (satu sudu-supaya pisang x melekat-optional)
     Masukkan pisang lemak manis kedalam kuali (pastikan pisang tenggelam dalam minyak)
     Goreng pisang sehingga kuning keemasan.
     Angkat dan toskan minyak

B) Masukkan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk/kuali. Biarkan sehingga mendidih.
     Masukkan telur kuning yang telah ditapis ke dalam acuan membuat roti jala atau kelongsong daun pisang.
     Setelah air dalam kuali/periuk tadi mendidih, keluarkan daun pandan dan acukan kelongsong
     roti jala/daun pisang tadi ke dalam kuali/periuk.
     Mulakan menjala dengan pergerakan membulat dari tengah sehingga ke tepi periuk/kuali.
     Jala emas tak perlukan masa yang lama untuk masak,boleh terus angkat dengan menggunakan
     chopstik/lidi selepas beberapa saat sahaja.
     Tos dan biarkan kering.
     Ulang proses di atas sehingga habis.
     Jika air gula menjadi pekat (berbuih sampai x nmpak jala emas), tambah sedikit air yea.

C) Sos puding
     Masukkan kesemua bahan C. Kacau dengan api perlahan supaya kastard tak berketul. Gula letak ikut
     citarasa sendiri yea. Kalau bole kuah jangan manis sangat, pisang lemak manis tu dah tersangat manis. ;)
     Bila kuah dah masak, sejukkan dahulu dalam peti ais.

Cara hidangan:
Susun pisang lemak manis kedalam bekas yang sesuai.
Lapiskan dengan jala emas.
Susun gajus, ceri, dan prune.
Tuang kuah yang telah sejuk tadi ke dalam bekas.

Bersedia untuk dimakan!!!! Selamat mencuba!!!










   
   
   
   

No comments:

Post a Comment